Lafaz Niat Korban Lembu Dalam Rumi

Sebelum anda berkorban, adakah anda sudah menyemak  lafaz niat korban lembu yang betul?

Jika anda ingin ketahui lafaz niat korban berserta bacaan ruminya, kami sediakan untuk anda di dalam artikel ini.

Lafaz Niat Korban Lembu Atau Haiwan Lain

lafaz niat korban lembu

Sebenarnya tiada bacaan khusus untuk niat korban. Malah individu yang berkorban boleh menyebutkannya di dalam hati sahaja. 

Sebagai contoh, “Sahaja aku melakukan korban sunat, kerana Allah Ta’ala”, di dalam hati.

Tetapi haruslah berhati-hati sekiranya korban tersebut adalah korban nazar.

Pertama sekali haruslah diingatkan tidak sah niat nazar seseorang sekiranya niat itu sekadar di dalam hati tanpa lafaz. 

Selagi ianya tidak dilafazkan, nazar itu menjadi tidak sah dan tidak wajib ditunaikan.

Contohnya, “Aku bernazar seekor kambing tahun ini”, sekiranya orang yang bernazar cuma di dalam hati dan tidak dilafazkan, nazar tersebut bukanlah nazar yang sah dan tidak wajib ditunaikan.

Lafaz niat tersebut haruslah jelas dan nyata, sekiranya individu tersebut tidak boleh bercakap, niat nazar secara isyarat atau bertulis sudah memadai.

Lafaz Nazar Korban Yang Sah

lafaz niat korban lembu

Terdapat beberapa lafaz nazar yang sah secara hakikat.

Antaranya adalah:

  1. Sudah memiliki binatang korban: “Demi Allah / Kerana Allah ke atasku menyembelih lembu ini sebagai korban” atau “Ke atasku menyembelih binatang ini sebagai korban”.
  2. Belum memiliki binatang korban: “Demi Allah ke atasku (menyembelih) binatang korban” atau “Demi Allah, ke atasku menyembelih seekor kambing” atau “Jika aku memiliki seekor kambing, maka ke atasku berkorban dengannya” atau “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada hari raya Haji nanti”.

Sah nazar itu juga menjadi sekiranya dia bernazar: “Demi Allah, ke atasku (menyembelih) binatang korban.” Kemudian dia membeli atau memiliki binatang korban, kemudian dia menentukan binatang itu lalu berkata “Aku tentukan/pilih unta ini bagi (menunaikan) nazarku”.

Lain pula sekiranya berkata “Jika aku memiliki kerbau itu, maka akan aku jadikannya korban bagi (menunaikan) nazarku”. Niat ini tidak sah kerana pada ketika dia bernazar, dia belum memiliki kerbau tersebut.

Lafaz Niat Korban Wakil

lafaz niat korban lembu

Niat untuk korban ini adalah melalui aqad al-wakalah (akad mewakilkan yang lain). Selalunya dilaksanakan sewaktu menyerahkan wang untuk membeli binatang korban.

Tiada lafaz niat wakalah yang khusus. Apa yang penting adalah dalam perbualan antara wakil dan yang berkorban sudah bersetuju dengan rela dan reda.

Contoh lafaz niat korban wakil: “Saya (nama yang berkorban) telah bersetuju untuk mewakilkan tuan menguruskan korban saya pada tahun ini (tahun hijrah) kerana Allah Ta’ala”. Kemudian sewaktu penyembelihan berlaku, wakil tersebut yang akan niatkan buat pihaknya.

Sekiranya anda ingin maklumat lebih lanjut tentang korban wakil daripada EZ Qurban anda boleh layari laman web kami di sini.

FAQ Korban

lafaz niat korban lembu

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak Soalan Lazim tentang Korban untuk dirujuk bersama:

  1. Adakah saya boleh berkorban di negeri atau negara lain?
    Boleh
  1. Apakah daging korban sunat wajib diberikan kepada fakir miskin?

Ya, wajib disedekahkan sebahagian daripadanya.

  1. Apakah yang perlu dilakukan kepada penerima walaupun dia bukanlah daripada golongan fakir miskin?

Dia boleh memakannya, menyedekahkannya kepada fakir miskin Islam atau menjamu orang Islam lain sama ada kaya atau miskin

  1. Apakah perkara yang dilakukan kepada daging korban sekiranya penerima bukan lah fakir miskin?

Dilarang menjualnya sama ada dalam bentuk mentah atau masak, memberikannya kepada orang kaya, dan menjamu orang fakir.

  1. Apakah hukum melaksanakan korban bagi pihak lain?
  • Wali seperti bapa atau datuk boleh melakukan korban daripada hartanya untuk orang di bawah tanggungannya seperti anak dan isteri mereka walaupun tanpa izin mereka.
  • Tidak boleh bagi orang yang masih hidup kecuali dengan izin mereka. 
  • Tidak boleh bagi orang yang sudah meninggal melainkan terdapat wasiat untuk berkorban.
  1. Bilakah waktu sesuai berniat korban?

Sewaktu menyembelih dan HARUS juga sebelum menyembelih sekiranya sudah ditentukan binatang korbannya dan sudah masuk waktu untuk berkorban.

  1. Apakah bacaan niat korban?

Secara ringkasnya lafaz niat korban adalah, “Sahaja aku melakukan korban sunat/wajib/nazar aku”

  1. Adakah nazar korban perlu dilaksanakan?

Ya, wajib dilaksanakan sekiranya sudah berniat nazar korban. Malah digalakkan untuk berkorban dalam masa terdekat setelah dia bernazar. Jika terluput masa tanpa sembelih korban nazar, maka wajib atasnya untuk menyembelih pada tahun hadapan sebagai qadha yang luput tersebut.

Kesimpulannya, tiada lafaz niat khusus untuk korban namun lafaz niat tersebut haruslah jelas sekiranya individu tersebut telah bernazar.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Kami berharap anda dapat melaksanakan ibadah mulia ini tanpa ragu-ragu.

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

4 COMMENTS

  1. Bsru-baru ni saya mendengar seorang kawan saya berkata : ” Tahun depan nak buat korban dgn tuan ( kpd seseorang pengurus korban tempat kami) , adakah dia dikira bernazar korban dan tidak blh mkn daging korban tersebut thn dpn nanti?

    • Tidak dikira sebagai nazar, tetapi niat tersebut adalah baik dan perlu diteruskan apabila sampai masanya untuk berkorban. Kecuali jika dia berkata: “Tahun depan jika saya dinaikkan pangkat / jawatan, maka saya ingin lakukan korban dengan tuan – pengurus ternakan” Lafaz bigini baru dikira sebagai nazar, dan bila korban itu dilaksanakan pada tahun hadapan, peserta tidak boleh (haram) mengambil daging korban tersebut, lalu dia wajib sedekahkan kesemua daging korban nazarnya.

  2. Assalamualaikum ustaz, boleh ke saya buat korban atas nama sy tp bhgn korban sy sedekah kepada arwah ibu sy.
    Terima kasih ustaz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN