Adakah Korban Itu Sedekah? Mari Betulkan Niat!

Adakah korban itu sedekah?

Semakin banyak kempen yang menggunakan korban sebagai medium untuk bersedekah. Sehinggakan ada pula yang bertanya adakah tidak berkorban tetapi menderma jumlah yang sama dikira sebagai korban?

Selain itu, ada juga pertanyaan seperti membeli 1 bahagian lembu dan bersedekah adakah itu korban?

Jawapannya adalah tidak.

Pengertian Korban

Adakah Korban Itu Sedekah?

Korban (قربان) itu adalah perlakuan menyembelih binatang tertentu pada hari raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara binatang korban itu adalah; lembu, unta, kerbau, kambing, dan kibas (biri-biri). Hukum ibadah korban ini pula adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang digalakkan.

Ibadah ini adalah sebagai tanda peringatan peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail AS.

Sedikit sejarah tentang peristiwa ini, Nabi Ibrahim AS telah menerima wahyu daripada Allah SWT melalui mimpinya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Nabi Ismail dimaklumkan tentang wahyu ini dan baginda juga bersetuju.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ 

Maksudnya: “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.”

Surah As-Saaffaat: 102

Setelah Nabi Ismail AS bersedia untuk disembelih, Allah memanggil Nabi Ibrahim AS dan menghentikannya, lalu memberikan mukjizat menggantikan Nabi Ismail dengan sembelihan haiwan yang besar.

وَفَدَيْنَـٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍۢ

Maksudnya: “Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;”

Surah As-Saaffaat: 102

Begitulah peristiwa ringkasnya. Nabi Ibrahim AS sanggup untuk mengorbankan anaknya dan anaknya Nabi Ismail AS sanggup dikorbankan kerana Allah.

Daripada peristiwa ini, beberapa hikmah yang kita boleh dapatkan adalah, dengan kesanggupan untuk berkorban apa yang mampu, Allah menggantikan keikhlasan tersebut dengan ganjaran yang lain.

Jelas, ibadah ini adalah untuk menilai kesanggupan untuk berkorban semata-mata kerana Allah SWT.

Pemberian Daging Korban

Adakah Korban Itu Sedekah?

Pemberian daging sembelihan itu pula adalah hikmah sampingan lanjutan daripada korban itu.

Selain itu, lanjutan ibadah ini adalah untuk menguatkan silaturrahim sesama Islam. Oleh itu, keutamaan pemberian daging itu adalah untuk orang Islam sendiri.

Secara ringkasnya pembahagian tersebut adalah seperti berikut:

  • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
  • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
  • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Pembahagian ini adalah apa yang selalu dilakukan masyarakat Islam Malaysia. Masih ramai yang menyedekahkan semua daging dan mengambil sedikit sahaja daging tersebut untuk bahagian dirinya.

وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ

Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. 

Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826

Tetapi harus diingat bahagian yang perlu diberikan untuk korban Nazar adalah berbeza. Semua bahagian korban Nazar wajib disedekahkan kepada golongan fakir miskin dan tidak boleh orang yang berkorban memakan sebahagian daripadanya.

Hadis diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah Ranha, Rasulullah bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلَا يَعْصِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, maka hendaklah dia melakukan ketaatan tersebut. Manakala, barangsiapa yang bernazar untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT, maka janganlah dia melakukan kemaksiatan tersebut.

Hadis riwayat al-Bukhari: 6696

Daging korban sama ada nazar atau korban sunat perlu diberikan mentah.

Al-Sheikh Muhammad Ibn Ahmad al-Syathiri di dalam kitabnya Syarh al-Yaqut al-Nafis menyebutkan:

وَ يُجْزِئُ نِيءٌ غَيْرُ تَافِهٍ مِن لَحْمِ المُتَطَوَّعِ بِهَا

Maksudnya: Sahnya daging korban itu adalah dengan disedekahkan dalam keadaan mentah, apa yang tidak rosak, daripada daging korban yang sunat. 

Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 828

Hasyiah al-Bajuri, al-Sheikh Ibrahim al-Bajuri menyebutkan bahawa:

وَ يُشْتَرَطُ فِي اللَحْمِ أَن يَكُونَ نِيئًا لِيَتَصَرَّفَ فِيهِ مَن يَأْخُذُهُ بِمَا شَاءَ مِن بَيْعٍ وَ غَيْرِهِ كَمَا فِي الكَفَارَاتِ فَلَا يَكْفِي جَعْلُهُ طَعَامًا مَطْبُوخًا وَ دُعَاءَ الفُقَرَاءِ إِليْه لِيَأْكُلُوهُ

Maksudnya: Disyaratkan bagi daging korban tersebut untuk disedekahkan dalam keadaan mentah supaya dapat dimanfaatkan bagi sesiapa yang menerimanya mengikut apa yang dikehendaki olehnya sama ada menjualnya atau seumpamanya, sepertimana sama juga dalam bab kafarah. Justeru itu, tidak memadai memberi sedekah dengan menjadikannya sebagai makanan yang dimasak kemudian diajak golongan fakir miskin untuk memakannya. 

Rujuk Hasyiah al-Bajuri, 2:567

Daging yang diberi mentah ini sudah tentu boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara kepada mereka yang memerlukan. 

Adakah Korban Itu Sedekah?

Sama ada mahu dimasak terus atau disimpan sehingga beberapa hari, asalkan peti makanan mereka diisi dengan makanan.

Sekian saja perkongsian kali ini. Semoga persoalan “Adakah korban itu sedekah” ini terjawab.

Harapnya dengan penjelasan ini kita dapat betulkan niat tentang tujuan sebenar kita berkorban.

Artikel Berkaitan: Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?, Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban, Semua Soalan Korban: 28+ Jawapan FAQ Korban Diringkaskan EZ Qurban, Rukun Penyembelihan: Siapakah yang Layak Menyembelih Binatang Korban?, Adakah Perasaan Kasihan Terhadap Haiwan Korban Menjadikannya Haram Dimakan?, Adakah Haiwan Yang Dimandulkan Boleh Dijadikan Korban?, Waktu Yang Sesuai Lafaz Niat Korban

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN